Privacy Notice

This is our Privacy Notice which explains how we obtain, use and keep your personal data safe in relation to the Navigator Global site.


Kenyataan Perlindungan Data Navigator Global

Kami ialah Navigator Global Limited, sebagai pengawal data. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) kami di alamat: 2 Triton Square, Regent's Place, London, United Kingdom, NW1 3AN atau melalui e-mel: support@navigator.global sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.

 

Ini ialah kenyataan perlindungan data kami yang menerangkan bagaimana kami mendapatkan, menggunakan dan memastikan keselamatan data peribadi anda melalui laman web kami dan perkhidmatan berkaitan dengan platform Navigator Global (secara kolektif dirujuk sebagai “Perkhidmatan Navigator Global”).

 

Data peribadi anda ialah data yang secara sendirinya, atau digabungkan dengan data lain yang tersedia kepada kami, boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.

 

Kami komited untuk memastikan keselamatan data peribadi anda selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai. Untuk melindungi data peribadi anda, kami telah mengguna pakai langkah perundangan, organisasi dan teknikal yang sesuai bagi mengelakkan sebarang pengubahan, kehilangan, pemprosesan yang tidak wajar, atau akses tanpa kebenaran.

 

Kami berhak untuk mengemas kini atau meminda kenyataan perlindungan data ini dari semasa ke semasa. Kami akan menyiarkan versi yang dikemas kini di laman web kami. Kenyataan ini kali terakhir dikemas kini pada 31hb Oktober 2025. Versi terdahulu boleh diperoleh dengan menghubungi kami.

 

Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Gunakan

 

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan Navigator Global, kami akan mengumpul dan menggunakan data peribadi anda bagi sebahagian atau semua tujuan yang dinyatakan dalam kenyataan perlindungan data ini.

 

Kami memproses kategori data peribadi yang berbeza bergantung kepada hubungan anda dengan kami dan perkhidmatan yang anda gunakan. Kami hanya akan memproses data peribadi di mana kami mempunyai asas yang sah untuk berbuat demikian.

 

Data peribadi yang digunakan berhubung dengan Perkhidmatan Navigator Global termasuk:

  • Nama penuh dan butiran peribadi termasuk maklumat hubungan (contoh alamat perniagaan, alamat e-mel perniagaan, nombor telefon);
  • Butiran hubungan dan maklumat mengenai perniagaan anda (contoh jawatan);
  • Rekod perkhidmatan yang anda peroleh atau mohon, bagaimana anda menggunakannya dan teknologi yang berkaitan yang digunakan untuk mengakses atau mengurusnya (contoh data lokasi telefon mudah alih, alamat IP, alamat MAC); dan
  • Data peribadi mengenai pengguna perkhidmatan lain. Anda mesti mempunyai kuasa daripada mereka untuk memberikan data peribadi mereka kepada kami.

 

Kami tidak memproses data peribadi sensitif.

 

Laman web kami menggunakan kuki dan teknologi seumpamanya. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kuki, sila rujuk Dasar Kuki kami.

 

Kami juga mengendalikan akaun di LinkedIn, Instagram, Facebook, YouTube, WhatsApp dan Spotify yang berkaitan dengan Perkhidmatan Navigator Global. Platform ini mungkin menggunakan kuki dan teknologi seumpamanya untuk mengumpul maklumat mengenai pengguna perkhidmatan dan individu lain yang berinteraksi dengan akaun kami. Maklumat lanjut mengenai amalan privasi platform berkenaan boleh didapati dalam dasar privasi masing-masing.

 

Kami tidak mengumpul data peribadi sensitif (seperti data kesihatan, etnik, pendapatpolitik, dan lain-lain). Jika perlu bagi kami untuk memproses data tersebut, kami akan memaklumkan anda, dan kami akan mendapatkan persetujuan nyata anda atau sebaliknya memproses data tersebut hanya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

Pemberian Data Peribadi

 

Kami boleh memperoleh data peribadi secara langsung daripada anda, daripada individu lain bagi pihak anda (seperti pentadbir organisasi anda yang menyediakan akaun pengguna atas nama anda), atau melalui penggunaan kuki atau teknologi yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan Navigator Global.

 

Data peribadi yang anda berikan mungkin terdiri daripada:

  • Data mandatori: Untuk menggunakan Perkhidmatan Navigator Global, adalah penting bagi anda untuk memberikan maklumat tertentu – sebagai contoh, nama, alamat e-mel dan butiran yang berkaitan dengan organisasi anda. Tanpa maklumat ini, kami tidak dapat memproses permintaan anda atau menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
  • Data pilihan: Dalam sesetengah keadaan, anda boleh memilih untuk memberikan maklumat tambahan yang tidak benar-benar diperlukan tetapi boleh membantu kami memperibadikan pengalaman anda atau meningkatkan perkhidmatan kami. Data ini akan dikenal pasti dengan jelas sebagai data pilihan pada masa ia dikumpulkan.

 

Keselamatan

 

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi yang dipegang oleh kami dengan menggunakan langkah teknikal, fizikal dan organisasi yang bersesuaian bagi melindungi daripada penggunaan, akses, pengubahan, penzahiran, pemusnahan dan kehilangan tanpa kebenaran.

 

Pemantauan Komunikasi

 

Kami mungkin memantau dan merekod komunikasi anda dengan kami serta komunikasi anda melalui Perkhidmatan Navigator Global, seperti panggilan, e-mel, mesej teks, mesej media sosial dan komunikasi lain. Kami boleh berbuat demikian bagi tujuan berikut:

(i) pematuhan peraturan: untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang terpakai;
(ii) pencegahan dan pengesanan jenayah: untuk mengenal pasti dan menghalang aktiviti yang menyalahi undang-undang, penipuan, atau tanpa kebenaran;
(iii) keselamatan: untuk melindungi integriti sistem komunikasi kami dan menghalang akses tanpa kebenaran;
(iv) kawalan kualiti: untuk mengesahkan kualiti interaksi kami dan meningkatkan latihan kakitangan;
(v) rekod komunikasi: untuk mengekalkan rekod komunikasi bagi tujuan penyelesaian pertikaian, pengendalian aduan, atau pelaksanaan audit; atau
(vi) pengesahan kandungan tidak wajar: untuk mengesan dan mengurus kandungan yang mungkin dianggap lucah, menyinggung perasaan, atau tidak wajar.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara kami memantau dan merekod komunikasi, atau jika anda ingin melaksanakan hak anda di bawah undang-undang perlindungan data, sila hubungi kami.

 

Penggunaan Data Peribadi Anda: Asas Undang-undang dan Tujuan

 

Berhubung dengan Perkhidmatan Navigator Global, kami akan memproses data peribadi seperti berikut:

1. Sebagaimana perlu bagi kepentingan sah kami sendiri atau kepentingan sah pihak lain, termasuk:

a) Untuk mendaftar organisasi anda ke dalam perkhidmatan, mengurus dan melaksanakan kontrak kami dengan organisasi anda, serta mengemaskini rekod kami;

b) Untuk tadbir urus yang baik, perakaunan, serta pengurusan dan pengauditan operasi perniagaan kami;

c) Untuk memantau e-mel, panggilan, komunikasi lain, dan aktiviti bagi perkhidmatan ini;

d) Untuk penyelidikan pasaran, analisis dan pembangunan statistik;

e) Untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda (kecuali undang-undang memerlukan kami mendapatkan persetujuan anda); dan

f) Untuk menyerah hak, memindah, men-sub-kontrakkan atau sebaliknya melupuskan hak dan/atau obligasi kami berhubung dengan perkhidmatan apabila dibenarkan berbuat demikian menurut terma kontrak yang berkenaan atau menurut undang-undang.

 

2. Sebagaimana perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang, termasuk:

a) Untuk pematuhan kepada keperluan undang-undang dan peraturan serta pendedahan yang berkaitan;

b) Untuk penubuhan dan pembelaan hak undang-undang;

c) Untuk aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan jenayah;

d) Untuk memantau e-mel, panggilan, komunikasi lain, dan aktiviti dalam perkhidmatan; dan

e) Untuk menangani permintaan daripada anda dalam melaksanakan hak di bawah undang-undang perlindungan data.

 

3. Berdasarkan persetujuan anda, termasuk:

a) Apabila anda meminta kami untuk menzahirkan data peribadi anda kepada orang atau organisasi lain, seperti individu atau syarikat yang mengendalikan tuntutan bagi pihak anda, atau apabila anda bersetuju dengan penzahiran tersebut; dan

b) Untuk menghantar komunikasi pemasaran kepada anda di mana kami telah meminta persetujuan anda untuk berbuat demikian.

 

Kami mungkin mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai pengguna perkhidmatan dengan platform media sosial bagi tujuan analisis dan pelaporan. Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kami akan mendapatkan persetujuan individu sebelum pemprosesan tersebut dijalankan.

 

Anda bebas pada bila-bila masa untuk menukar fikiran dan menarik balik persetujuan anda. Akibatnya, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda.

 

Asas undang-undang untuk pemantauan komunikasi bergantung kepada tujuan khusus. Dalam sesetengah keadaan, pemantauan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Dalam keadaan lain, pemantauan adalah wajar berdasarkan kepentingan sah kami, seperti meningkatkan kualiti perkhidmatan atau melindungi keselamatan operasi kami. Dalam situasi tertentu, seperti rakaman panggilan untuk tujuan latihan, kami mungkin akan meminta persetujuan secara nyata anda.

 

Perkongsian Data Peribadi Anda

 

Tertakluk kepada undang-undang perlindungan data yang berkenaan, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan:

  • Penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang menyokong perkhidmatan;
  • Ahli kumpulan syarikat Banco Santander serta pengarah, pekerja, pegawai, ejen atau penasihat profesional mereka;
  • Sub-kontraktor dan pihak lain yang membantu kami atau ahli gabungan kami menyediakan akaun, produk dan perkhidmatan;
  • Rakan kongsi pihak ketiga kami, untuk tujuan mereka sendiri, seperti menghantar kandungan pemasaran dan pengiklanan kepada anda (kecuali undang-undang memerlukan kami mendapatkan persetujuan anda);
  • Syarikat dan pihak lain yang menyediakan perkhidmatan kepada kami;
  • Penasihat undang-undang dan profesional kami yang lain, termasuk juruaudit kami;
  • Mahkamah, bagi mematuhi keperluan undang-undang, dan untuk pentadbiran keadilan;
  • Pihak lain jika perlu dalam keadaan kecemasan atau bagi melindungi kepentingan penting anda atau individu lain;
  • Pihak lain jika perlu bagi melindungi keselamatan atau integriti operasi perniagaan kami;
  • Individu lain yang berkaitan dengan anda berhubung dengan perkhidmatan tersebut, contohnya pentadbir akaun anda;
  • Individu lain sekiranya kami menyusun semula atau menjual mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami, atau sekiranya berlaku penggabungan atau penyusunan semula (termasuk individu dan bakal individu kepada siapa kami boleh menyerah hak, memindahkan, mensubpenyertaan atau melupuskan hak dan/atau obligasi kami berhubung dengan perkhidmatan tersebut) (melainkan undang-undang memerlukan kami mendapatkan kebenaran anda);
  • Organisasi penyelidikan pasaran yang membantu dalam menambah baik produk atau perkhidmatan kami (melainkan undang-undang memerlukan kami mendapatkan kebenaran anda); dan
  • Mana-mana pihak lain, setakat yang kami mempunyai kebenaran anda atau sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang.

 

Pemindahan Antarabangsa

 

Data peribadi anda akan dipindahkan ke luar Malaysia ke United Kingdom (UK) dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), dan seterusnya mungkin dipindahkan ke luar UK dan EEA. Walaupun sesetengah negara mempunyai tahap perlindungan data peribadi yang mencukupi di bawah undang-undang yang berkenaan, terdapat juga negara yang tidak mempunyai perlindungan sedemikian. Dalam keadaan ini, langkah-langkah sewajarnya akan diambil bagi memastikan perlindungan yang mencukupi dikenakan ke atas data tersebut. Langkah-langkah ini termasuk mengenakan kewajipan kontraktual berhubung perlindungan data atau memastikan penerima tersebut mematuhi atau diperakui di bawah suatu “rangka kerja antarabangsa” yang menyediakan perlindungan setara. Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah perlindungan yang kami laksanakan boleh diperoleh daripada Pegawai Perlindungan Data kami atau dengan menghubungi kami melalui e-mel: support@navigator.global.

 

Penganoniman dan Pengagregatan Data

 

Data peribadi anda mungkin ditukar kepada data statistik atau data agregat yang tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda. Kami boleh berkongsi dan menjual data yang telah dianonimkan tersebut termasuk dalam bentuk agregat, di dalam dan di luar kumpulan syarikat Santander, untuk tujuan analisis statistik, penyelidikan, dan tujuan perniagaan lain. Menurut undang-undang maklumat ini tidak lagi dianggap sebagai maklumat peribadi selepas ia dianonimkan dan/atau diagregatkan.

 

Pemprosesan dan Keputusan Secara Automatik

 

Kami mungkin memproses data peribadi anda secara automatik menggunakan algoritma perisian bagi tujuan meningkatkan pengalaman anda menggunakan Perkhidmatan Navigator Global, menjana pandangan (insight) dan menyokong strategi pemasaran kami. Pemprosesan automatik ini direka bentuk untuk melengkapkan, bukan menggantikan, interaksi dan keputusan manusia, dan kami tidak menggunakan teknologi ini untuk membuat keputusan secara automatik sepenuhnya.

 

Sekiranya anda tertakluk kepada pemprosesan atau keputusan automatik yang memberi kesan undang-undang atau kesan yang setara secara signifikan, kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada anda pada masa yang berkenaan supaya anda mempunyai hak untuk membantah keputusan tersebut, menyatakan pandangan anda, dan meminta semakan oleh manusia terhadap keputusan berkenaan sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang yang terpakai.

 

Pilihan Pemasaran dan Carian Berkaitan

 

Kami akan menggunakan alamat perniagaan, nombor telefon, dan alamat e-mel anda untuk menghubungi anda mengikut pilihan komunikasi pemasaran yang telah anda tetapkan. Anda boleh menukar pilihan tersebut atau berhenti melanggan (“unsubscribe”) pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.

 

Anda mengesahkan bahawa anda telah diminta untuk menyatakan pilihan pemasaran anda sebagai sebahagian daripada permohonan ini, dan jika anda ingin menukar pilihan tersebut, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.

 

Kriteria Penentuan Tempoh Penyimpanan Data

 

Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya selama mana perlu bagi memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan. Selepas tempoh tersebut, data berkenaan akan dipadamkan dengan selamat, atau jika perlu, diarkibkan dengan selamat.

 

Kriteria berikut digunakan untuk menentukan tempoh penyimpanan data peribadi yang kami kumpulkan:

  • Penyimpanan sekiranya terdapat pertanyaan. Kami akan menyimpan data peribadi anda selama mana perlu bagi mengurus dan menjawab pertanyaan anda;
  • Penyimpanan sekiranya terdapat tuntutan. Kami akan menyimpan data peribadi anda selama mana anda secara sah boleh mengemukakan tuntutan terhadap kami; dan
  • Penyimpanan selaras dengan keperluan undang-undang dan peraturan. Kami akan menyimpan data peribadi anda selepas perkhidmatan ditamatkan berdasarkan keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai.
  • Penyimpanan bagi komunikasi pemasaran. Kami akan memproses data peribadi anda sehingga anda menarik balik kebenaran anda atau menarik diri (“opt-out”) daripada komunikasi sedemikian.

 

Hak di Bawah Undang-Undang Perlindungan Data yang Terpakai

 

Hak anda berhubung dengan data peribadi adalah seperti berikut (dengan mengambil perhatian bahawa hak-hak ini tidak terpakai dalam semua keadaan):

  • Hak untuk dimaklumkan mengenai pemprosesan data peribadi anda oleh kami;
  • Hak untuk membetulkan data peribadi sekiranya ia tidak tepat, dan untuk melengkapkan data peribadi yang tidak lengkap;
  • Hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda;
  • Hak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda;
  • Hak untuk memadamkan data peribadi anda (“hak untuk dilupakan”);
  • Hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda serta maklumat mengenai cara kami memproses data tersebut;
  • Hak untuk memindahkan, menyalin atau memindahkan data peribadi anda (“kemudahalihan data” / data portability);
  • Hak berhubung dengan pembuat keputusan secara automasi, termasuk profil;
  • Hak untuk menarik balik persetujuan yang telah anda berikan kepada kami; dan
  • Hak untuk mengemukakan aduan kepada kami.

 

Anda juga mempunyai hak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data. Di Malaysia, pihak berkuasa tersebut ialah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP), (Department of Personal Data Protection (PDP), Malaysia). Di United Kingdom, pihak berkuasanya ialah Information Commissioner’s Office (ico.org.uk).

 

Kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami terlebih dahulu sebelum membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa, supaya kami dapat berusaha menyelesaikan sebarang isu atau kebimbangan yang anda mungkin hadapi.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai hak-hak di atas, termasuk senarai anggota kumpulan Banco Santander, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami.